Jumaat, 1 Jun 2012

jauhnyer


Jauh di sudut hati , aku tidak sabar untuk bertemu dengan Sang Hawa/ Adam yang diciptakan Allah untuk berada disisiku, Aku selalu berasakan dia dekat sekali denganku. Meskipun aku masih tidak tahu siapakah jodohku , rindu itu selalu ada. Rindu ini suatu derita yang amat bahagia kerana kerinduan itu sebahagian daripada nafas cinta. Kutahu , apabila masa dan saat yang tepat tiba , pastilah Dia akan memepertemukan aku dengan si dia.

"Jadilah seperti rama-rama dengan sayapnya yang terbang tenang dan indah daripada sang kelekatu yang menerjah api"

Ya ALLAH , kurniakanlah kepadaku cinta yang Engkau redhai. Anugerahkanlah kepadaku cinta orang yg mencintai-Mu. Kurniakanlah kepadaku lelaki yang soleh yang mampu menjadi imamku , mampu memimpin tanganku menyelusuri jalan menuju syurga-Mu.

"Bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku? Pasti akan ku tunggu saat indah itu Khaliq. Titipkan salamku padanya walau di mana pun dia berada. Pertemukan kami dalam keadaan mulia dan penuh rahmat-Mu.Amin."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan