Nukilan Tentang Rindu. (:
Rindu.
ia berlagu lagi.
merdu sekali pada pendengaran hatiku.
mendendangkan buai rasa yg menenangkan.
Allah.. itu lah rindu.
Rindu.
sesak-sesak menyesakkan relung hatiku.
membuat aku merasa rindu pada setiap helaan nafas ku.
Allah…rindu itu mencarik-carik lembutnya hatiku.
Rindu.
sekalipun ia kerap, ia masih terasa jauh.
rindu datang jua pergi.
itulah rindu juga bersifat makhluk,
tidakkan kekal menemani diriku.
Rindu.
khabaran rindu menerpa jiwaku.
ya. Aku terlalu rindu.
bila Allah mencipta rasa rindu,
aku jadi diam,
mahu mengecap seribu rasa rindu!
Rindu.
duri dalam keasyikan.
tatkala ia tidak berpandu pada iman.
rindu bakal menjadi nanah dalam hati,
pabila rindu menjadikan nafsu sebagai tuan,
ah. rindu boleh saja memusnahkan!
Rindu.
ku pejam mataku rapat-rapat.
ku cerna hikmah rindu.
ku tafsir makna sebalik dalamnya rasa rindu.
ku seru nama Allah bersama rindu.
ku pinta pada pemilik rasa rindu,
rindukanlah aku.. rindukanlah aku pada dia…
Rindukan lah aku pada yg benar-benar hak!
rindukan lah aku pada yg rindukanMu!
rindukan lah aku pada yg rindukan manisnya perjuangan utkMu!
rindukan lah aku pada yg rindukan syurgaMu!
rindukan lah aku pada yg rindukan sunnah kekasihMu!
rindukan lah aku pada yg rindukan aku kerana dalamnya cintaNya padaMu!
Pastinya.
Aku, rindukan dia!
Aku rindu. Titik!
Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan